Image hosted by Photobucket.com
_______________________________


Image hosted by Photobucket.com

Free Web Counter
since May 2005

Profile



::address::
No.17, Jalan Serdang,
Pusat Komersil Uniten,
Syeksen 11,
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan.

::contact::
Tel:03-89201203
Fax:03-89264009
Hp: 019-6446670 (bro syam)

Shout It Out

 
 

Next Update


+ 1 August 2005 +
Show @ Convocation Day @ UPM, Serdang


+ 6 August 2005 +
Show Bro Akbar @ HMI(RTM)


+ 6 August 2005 +
Show @ Islam Hadhari Jengka 4, Pahang


+ 7 August 2005 +
Show Bro Yassin @ Brunei


+ 20 August 2005 +
Show @ Convocation Day KISDAR


+ 29 August 2005 +
On Air (Bro Akbar) @ Xfresh FM


+ 7 September 2005 +
On Air (Brothers Reunited) @ Xfresh FM


+ 14 September 2005 +
Show SRA UIA Gombak, Selangor


+ 17 September 2005
Show @ Parenthon PIBG SK Kg Jawa, Kelang

Photos



:: click here for more pictures ::

Hadith of The Day

Every tasbihah is a charity

On the authority of Abu Dharr:
Some of the companions of the messenger of Allah said:
"O Messenger of Allah, the affluent have made of with the rewards, they pray as we pray they fast as we fast, and they give away in charity the superfluity of their wealth."
He said: "Has not Allah made things for you to give away in charity? Every tasbihah is a charity, every takbirah is a charity, every tahmidah is a charity, and every tahlilah is a charity, to enjoin a good action is a charity, to forbid an evil action is a charity, and in the sexual act of each of you there is a charity."
They said: "O Messenger of Allah, when one of us fulfils his sexual desire will he have some reward for that?"
He said: "Do you not think that were he to act upon it unlawfully he would be sinning? Likewise, if he has acted upon it lawfully he will have a reward."

Untukmu Teman

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu
Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa
Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan
Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya

Links

:: nasyeed.com ::
:: diskusi ::

Credits

::blogger::
::myshoutbox::
::fotopages::

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com

Archives

May 2005

June 2005

July 2005

August 2005

Monday, August 01, 2005

Psssstttt!!! Hot!!! Hot!!! click here!!

z@i wrote @ 10:14 AM
|

Thursday, July 28, 2005

Penzina Kekal Dalam Neraka


*Dipetik daripada artikel Berita Harian

DALAM satu riwayat ketika Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera dan satu lagi berisi daging busuk.

Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera.

Rasulullah diberitahu oleh Jibril bahawa mereka adalah tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina.

Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka. Dan dari faraj mereka, keluar nanah terlalu busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan.

Mereka ini, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan.

Begitu gambaran hina dan azabnya orang yang melakukan zina. Zina adalah perbuatan sangat keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar.

Firman Allah, yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk." (Surah al-Isra', ayat 32). Allah mengingatkan bahawa, mana-mana umat Islam yang melakukan zina, hendaklah dihukum 100 kali dera (sebatan) terhadap pasangan terbabit.

Firman Allah, yang bermaksud: "Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya didera. Masing-masing 100 kali dera (pukulan), janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian.

"Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya, satu golongan daripada orang mukmin." (Surah an-Nur, ayat 2)

Thabrany ’an Ibni Abbas meriwayatkan, daripada hadis Rasulullah, Baginda bersabda bermaksud: "Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya dan ia berkekalan dalam neraka."

Menurut satu riwayat, Rasulullah bersabda: "Takutlah kamu berbuat zina, kerana bagi orang yang mengerjakan perbuatan zina itu, akan diberi enam jenis bala oleh Allah. Tiga daripadanya seksa sewaktu berada di dunia, iaitu mengurangkan rezekinya, menghilangkan keberkatan umurnya dan ketika dicabut nyawanya kelak, tidak ada rahmat dan belas kasihan terhadap dirinya."

Dalam satu hadis Baginda, Rasulullah, menjelaskan: "Dicucuk kepala kamu dengan jarum daripada besi adalah lebih baik daripada menyentuh kulit perempuan yang tidak halal baginya."

Begitulah antara amaran Nabi supaya seseorang lelaki itu tidak sekali-kali mendekati perempuan yang bukan muhrim, dan sebaliknya.

Malahan, seseorang lelaki juga diberi amaran tidak sekali-kali cuba bersalaman dengan wanita yang halal dinikahi.

Perbuatan ini biasanya berlaku secara spontan ketika seseorang lelaki dan wanita itu mula berkenalan atau berlaku dalam keadaan disengajakan ketika kedua-duanya bermaaf-maafan pada hari raya.

Nabi bersabda, yang bermaksud: "Barang siapa berjabat tangan (bersalaman) dengan seorang perempuan yang haram, maka kelak pada hari akhirat, dia dirantai dengan rantai api neraka."

Jika bersalaman antara lelaki dan perempuan yang halal bernikah begitu dilarang, apa lagi jika kedua-duanya bercium? Allah memberi amaran bahawa kedua-duanya, pada hari akhirat kelak, akan digunting kedua-dua bibirnya dengan gunting api neraka.

Namun begitu, sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Walau sebanyak manapun dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya, jika ia benar-benar insaf akan kesalahannya dan bertaubat nasuha kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubat hamba-Nya.

Allah berfirman, yang bermaksud: "Katakanlah, wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah az-Zumar, ayat 53).

Melalui ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: "Ibrahim berkata, tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat." (Surah al-Hijr, ayat 56).

Berpandukan firman Allah dan hadis di atas, mereka yang sudah terlanjur melakukan dosa besar itu, tidak harus berputus asa. Dia hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan menyesali perbuatannya. Insya-Allah, dosanya akan diampunkan Allah.

Rasulullah ketika mengikat janji setia dalam satu perjanjian bersama sahabat Baginda, sama ada lelaki atau perempuan, meminta supaya kalangan sahabat lelaki dan perempuan, tidak melakukan syirik, penipuan, mencuri dan berzina.

Banyak lagi hadis lain yang menerangkan bagaimana buruk keadaan orang yang berzina itu.

Allah memberi amaran, bahawa balasan-Nya ke atas orang yang berzina tidak lain daripada neraka, yang Allah jadikan untuk menyeksa manusia yang ingkar terhadap larangan-Nya.

FAKTA
Suami ideal


  • Bersikap baik terhadap isteri.
  • Dapat memberikan kebebasan berfikir dan pendapat.
  • Menerima kekurangan dan kelemahan isteri.
  • Dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu.
  • Dapat menjaga kewibawaan isteri.
  • Dapat membimbing isteri ke jalan yang baik.
  • Dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri.
  • Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak.

::semoga jadi pengajaran untuk kita semua::

z@i wrote @ 10:17 AM
|

Wednesday, June 15, 2005

Seandainya Kau Di Sisi

Berkedipan bintang di langit memancarkan cahaya
Menerpa kehidupan yang bersungguh mengejar cita
Pernah kumendaki gunung tinggi agar disanjungi
Meredah lautan yang luas untuk dipuja dan dipuji

Namun bila hilang semua dimanakah saudara
Yang tinggal hanya helaian yang tidak pernah kubuka
Walau sejauh mana kuberlari tak mungkin sembunyi
Apa yang digenggaman untuk kutempuhi dan diuji

Sejauh manakah keteguhan imanku
Kaburnya pandanganku apa esok yang menunggu
Namun pasti seandainya kau di sisi
Hatiku takkan sendiri

Sejauh manakah keteguhan imanku
Walau sejauh mana kuberlari tak mungkin sembunyi
Apa yang digenggaman untuk kutempuhi dan diuji
Sejauh manakah keteguhan imanku
Seandai kau di sisi
Hatiku tak sendiri

Brothers Reunited

z@i wrote @ 4:47 PM
|

Wednesday, May 18, 2005

Brotherz in News

New Straits Times (17 May 2005) :-

Return of Brothers


Brothers, the popular nasyid band that made waves almost a decade ago, has a new album out. And the boys, JULIA JAAFAR discovers, have more than good old times to sing about.

It's hard not to get nostalgic over something you have been doing with passion. Making music is no exception. Bands regroup to perform or record an album after years of absence in the music scene "for old time's sake."

Brothers is one such example, one of the first nasyid singing groups to go mainstream in the mid-'90s. Back then Yasin, Syah, Salleh and Faiz were one of the hotter boy bands around, talented young men who sang songs with Islamic values.

They broke into the music scene with Brother We Are.. This album featured the band's first (and most popular) song Teman Sejati. Two albums followed the success of their maiden effort, which sold over 100,000 copies; they were Satu Perjuangan and Untukmu Teman. Countless performances at home and abroad kept the boys busy.

"Those were good old days," said Yasin, one of its founding members, during a recent interview with the group at his home studio. But a lot has changed since then, and so has what is known as nasyid music."

Brothers was conceived when Yasin (who has since gone solo) and Salleh were studying at university. They had a burning desire to embark on a musical career and decided they would form a group. Old pals Faiz and Syah were invited onboard.

"Music then pretty much bore the same theme β€” love and heartbreak; we wanted ours to be a little different," said Faiz. Nasyid (which actually means "song" in Arabic) seemed the obvious choice.

Things changed in 2000 when Yasin decided to pursue a solo career, making his name as a singer, composer and actor. His first solo hit Mimpi Laila won the Juara Lagu award in 2001, while his second album Salsabila, which was produced by Farihin Abd Fattah, was named the best ethnic-pop album in the Anugerah Industri Muzik (AIM) in 2002.

Meanwhile, fans wondered if that marked the end of the band as little was heard of it after that. Apart from having songs from the band's past albums featured in compilation albums, they had no new releases and made few public appearances.

But with new member Akbar, Brothers had in fact been occupied fulfilling private engagements and performing in Indonesia where they have many fans in the underground nasyid scene.

Brothers members still hang out together but lately, it's been more for than just fun and belting out old hits.

Since August last year, the guys have been busy recording a new album to mark the 10 years since the group was formed. "It's a celebration album of sorts," said Yasin.

Nodding in agreement, Salleh added: "Our fans often ask if we'd ever get back together to produce a record; we haven't released anything new for five years.. so this is for them."

Set to be launched at the end of the month, Brothers Reunited is a collection of nine new songs and a re-recording of Teman Sejati, which the guys refer to as their theme song.

Produced by Brois Productions, the album will also feature friends of Brothers - Marcus, Waheeda and Too Phat. Some may still remember Marcus, the singer from Dubai who sang with Bienda in the Yasin-composed Penantian.

Waheeda, who started out as an ardent fan of the boys before going on to become a solo artiste in 2002, appears alongside her mentors in the album. She and Marcus are featured in the album's first single, Kembali Bersatu, an upbeat tune that is already playing on X-Fresh FM. The svelte singer is also featured in the album's fourth single, a love song written by Syah, titled Satu Misteri.

What's unique about Kembali Bersatu, however, is that each singer played a part in weaving its melody. "It tells about the group coming together after 10 years so I thought it would be more meaningful if each person contributed his idea towards the melody, and even the lyrics," said Yasin, whose solo Hadhari is also being played on X-Fresh FM.

Too Phat, one of the most popular rap groups around, guests too, following the success of the infectious Alhamdullillah, a collaboration with Yasin last year. This time the duo appears with Akbar, a big fan of the duo, in Perhitung.

While Brothers hopes that the reunion album will take its fans back in time ("like a walk down memory lane"), it also has new sounds to offer.

The songs, composed by Yasin, Farihin and Syah, boast an eclectic mix of concepts with Farihin preferring traditional Middle-Eastern flavours; Yasin, hypnotic drum and base; and Syah, rhythm and soul ballads.

One thing they all have in common however is love, friendship and the bond of brotherhood β€” the main theme that has kept them together all this time.



Harian Metro:-

Brothers kembali bersatu


RASANYA seperti baru semalam SS dihiburkan dengan lagu Teman Sejati oleh kumpulan nasyid Brothers bersama penyanyinya, Yasin Sulaiman. Rupa-rupanya sudah 10 tahun usia kumpulan yang turut dianggotai Shah, Faiz dan Salleh itu.

Sepanjang penubuhan Brothers pada 1995, pelbagai kenangan manis dan pahit pernah mengiringi perjuangan mereka termasuklah berhadapan dengan zaman kejatuhan ketika Yasin menarik diri untuk bergerak solo. Tempatnya kini digantikan oleh Akbar.

Sempena sambutan ulang tahun ke-10 Brothers, SS dimaklumkan mereka kembali bersatu dan muncul dengan album Brothers Reunited.

Menurut ceritanya, album ini bukan saja menampilkan semua ahli kumpulan Brothers dulu dan kini tetapi juga menampilkan Waheeda dan Too Phat sebagai artis jemputan.

Selain lagu lama, terdapat juga tiga lagu baru seperti Kembali Bersatu yang dinyanyikan secara duet oleh Waheeda dan Hisham (Marcus), Hadhari (Yasin) dan Perhitung (Akbar/Too Phat).

Tidak ketinggalan single pertama mereka, Teman Sejati yang pernah mencipta fenomena turut dirakamkan semula.

SS yakin peminat Brothers tidak sabar menanti kemunculan album ini. SS juga siarkan gambar terbaru Brothers bersama Waheeda untuk tatapan peminat.


z@i wrote @ 1:49 PM
|

Thursday, May 12, 2005

Just created this blog today.. If anything you would like to say or comment.. just say it out here.. thank you..

z@i wrote @ 5:05 PM
|
author:-
zai ahmad
:: balqiz_82@yahoo.com ::